Thursday, 5 September 2013

Info KGUTM: "CHAIRMAN TROPHY"


Pertandingan Golf bagi merebut piala "Chairman Trophy" (Piala Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim) antara team staf Akademik dan staf Pentadbir.  Penyertaan dari semua ahli KGUTM adalah dialu-alukan. Sila hubungi pegawai berkenaan:
a) Kapten Team Akademik: Dr. Zainuddin b. Abu Bakar
b) Kapten Team Pentadbir: Tn Hj. Mohd. Wan Zawawi b. Wan Abd Rahman

Sila buat pengesahan segera dengan kapten berkenaan. Tempat adalah terhad.
Terima kasih.

Sumber: Setiausaha KGUTM

Wednesday, 28 August 2013


INFO (ALERT!!!) Program Derma Darah


Aktiviti Program Derma Darah sedang berjalan di Bilik Seminar, UTMSPACE Taman Universiti, Skudai hari ini Rabu, 28 Ogos 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan kerjasama UTMSPACE dan KPJ, Jalan Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.

Semua dijemput untuk hadir ke program tersebut.  Semoga usaha murni kita ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka-mereka yang amat memerlukannya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

---Rujuk info berkenaan ahli  KGUTM iaitu Prof. Dr. Rozainee Taib yang kini berada di Johor Specialist Hospital (JSH) yang amat memerlukan darah jenis O Negatif bagi meneruskan pembedahan beliau (masalah buah pinggang).

Mohon war-warkan kepada sahabat/rakan lain.
Terima kasih.
~Admin*Y

Tuesday, 27 August 2013

MOHON DERMA DARAH JENIS O-ve (O negatif)

Dukacita dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Rozainee b. Taib, Prof. di Jabatan Kej. Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia kini berada di Johor Specialist Hospital kerana masalah buah pinggang. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada petang ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bekalan darah jenis O-ve tidak mencukupi.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O-ve, sudilah apa kiranya ke hospital berkenaan untuk menderma darah. Untuk makluman tuan puan yang budiman, darah jenis itu amat sukar diperolehi.

Jasa baik tuan puan amat diharapkan bagi membolehkan Prof Dr. Rozainee dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Mohon hubungi talian 017 470 5032 untuk tujuan tersebut.
[sumber: TP FKK, UTM]

#Makluman: YBhg. Prof. Dr. Mohd. Rozinee bin Taib adalah merupakan ahli KGUTM dan beliau telah tersenarai dalam Kejohanan GOLF IPTA 41 baru-baru ini tetapi beliau terpaksa tolak atas sebab-sebab kesihatan. Kerjasama semua ahli dan rakan-rakan adalah diperlukan ketika ini dan semoga Allah jua yang dapat membalas jasa saudara/i semua. 

~ Admin*Y

Keputusan Kejohanan GOLF IPTA 41 pada 24-25 Ogos 2013:

TAHNIAH!!!!


a) Juara Keseluruhan: UNIMAP
b) Juara Kontigen Terbaik: UPM

#UTM - Team VIP telah mendapat tempat "NAIB JOHAN" bagi kategori VIP/Guest. (YBhg. Tan Sri Wan Abd. Rahman bin Hj. Wan Yaacob, YBhg. Dato' Abu Bakar b. Mohd. Nor, YBhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kassim dan YBhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Hj Wan Abd. Rahman). 
~Admin*Y

Wednesday, 21 August 2013

UTM BOLEH!!!


Pihak pengurusan, AJK dan ahli KGUTM mengucapkan 
SELAMAT MAJU JAYA & Selamat Berjuang menyahut cabaran. UTM BOLEH!!