Wednesday 28 August 2013


INFO (ALERT!!!) Program Derma Darah


Aktiviti Program Derma Darah sedang berjalan di Bilik Seminar, UTMSPACE Taman Universiti, Skudai hari ini Rabu, 28 Ogos 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan kerjasama UTMSPACE dan KPJ, Jalan Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.

Semua dijemput untuk hadir ke program tersebut.  Semoga usaha murni kita ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka-mereka yang amat memerlukannya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

---Rujuk info berkenaan ahli  KGUTM iaitu Prof. Dr. Rozainee Taib yang kini berada di Johor Specialist Hospital (JSH) yang amat memerlukan darah jenis O Negatif bagi meneruskan pembedahan beliau (masalah buah pinggang).

Mohon war-warkan kepada sahabat/rakan lain.
Terima kasih.
~Admin*Y

Tuesday 27 August 2013

MOHON DERMA DARAH JENIS O-ve (O negatif)

Dukacita dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Rozainee b. Taib, Prof. di Jabatan Kej. Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia kini berada di Johor Specialist Hospital kerana masalah buah pinggang. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada petang ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bekalan darah jenis O-ve tidak mencukupi.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O-ve, sudilah apa kiranya ke hospital berkenaan untuk menderma darah. Untuk makluman tuan puan yang budiman, darah jenis itu amat sukar diperolehi.

Jasa baik tuan puan amat diharapkan bagi membolehkan Prof Dr. Rozainee dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Mohon hubungi talian 017 470 5032 untuk tujuan tersebut.
[sumber: TP FKK, UTM]

#Makluman: YBhg. Prof. Dr. Mohd. Rozinee bin Taib adalah merupakan ahli KGUTM dan beliau telah tersenarai dalam Kejohanan GOLF IPTA 41 baru-baru ini tetapi beliau terpaksa tolak atas sebab-sebab kesihatan. Kerjasama semua ahli dan rakan-rakan adalah diperlukan ketika ini dan semoga Allah jua yang dapat membalas jasa saudara/i semua. 

~ Admin*Y

Keputusan Kejohanan GOLF IPTA 41 pada 24-25 Ogos 2013:

TAHNIAH!!!!


a) Juara Keseluruhan: UNIMAP
b) Juara Kontigen Terbaik: UPM

#UTM - Team VIP telah mendapat tempat "NAIB JOHAN" bagi kategori VIP/Guest. (YBhg. Tan Sri Wan Abd. Rahman bin Hj. Wan Yaacob, YBhg. Dato' Abu Bakar b. Mohd. Nor, YBhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kassim dan YBhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Hj Wan Abd. Rahman). 
~Admin*Y

Wednesday 21 August 2013

UTM BOLEH!!!


Pihak pengurusan, AJK dan ahli KGUTM mengucapkan 
SELAMAT MAJU JAYA & Selamat Berjuang menyahut cabaran. UTM BOLEH!!

KEJOHANAN GOLF IPTA KE-41

Dimaklumkan bahawa UKM akan menjadi tuan rumah Kejohanan Golf IPTA kali ke 41, 2013 pada 24-25 Ogos 2013 yang melibatkan seramai 500 orang pemain golf (staff dan VIP) seluruh IPTA. Tahniah kepada ahli KGUTM yang akan menyertai kejohanan ini. Selamat Maju Jaya!!


Tempat:  Bangi Golf Resort

(a) Pemain UTM bagi Kategori VIP:
1.  YBhg. Tan Sri Wan Abd. Rahman bin Hj. Wan Yaacob
2.  YBhg. Dato' Abu Bakar b. Mohd. Nor
3.  YBhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kassim
4.  YBhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Hj Wan Abd. Rahman

(b) Pemain UTM bagi Kategori Tetamu:
1.  En. Wahid bin Abd. Ghani, Syarikat Wellmetra
2.  En. Hasnul Hadi b. Awang, Bank Rakyat





-----------------------------------------------------

Tempat: Danau Golf & Country Club UKM dan Saujana Impian Golf & Country Club Kajang


(c) Pemain UTM bagi Kategori Gross:
1.  En. Ganesan a/l Andimuthu
2.  Dr. Razali bin Ismail
3.  Dr. Abd. Rani bin Abd. Hamid
4.  Prof. Alias bin Yusof
5.  Dr. Abd. Rahim b. Hamdan
6.  Prof. Ruzaini b. Taib
7.  Prof. Madya Mustafa Yusof
8.  En. Abd. Razak b. Yusof



(d) Pemain UTM bagi Kategori Nett:
1.  En. Zahabidin bin Jupri
2.  En. Rizam bin Rahmat
3.  En. Armadi bin Ahmad
4.  Prof. Madya Dzulkarnain
5.  Prof. Abd. Ghani bin KHalid
6.  En. Mohd. Azizan bin Sarman
7.  Dr. Shahru bin Bahari
8.  Tn. Hj. Hasan bin Husin


















URUSETIA UTM: En. Rizam Rahmat, Kapten Pasukan UTM 012-9101416
(Sumber: Setiausaha KGUTM)

URUSETIA KEJOHANAN UKM: 
En. Suhaimi Sulaiman- 03-89214883@ 017-5867108 Pegawai Belia dan Sukan; Pusat Sukan UKM.
(Sumber: Laman web UKM)

Info Penubuhan KGUTM

Tahniah kpd pengurusan KelabGolf Utm! kerana secara rasminya penubuhan kelab ini telah diluluskan oleh mesyuarat Lembaga Pengarah UTM. Kemudahan 'Driving Range' UTM akan menghadapi fasa kerja pemulihan oleh PHB; pelajar ko kurikulum akan menggunakannya mulai Semester 1, Sesi 2013/2014.