Thursday 11 April 2013

Kejohanan Golf Terbuka UTM (Piala Pendaftar)

Tarikh: 14 April 2013 ( hari ahad )

Tempat: Palm Resort Golf and Country Club, Senai (asalnya dicadang di Pulai Spring)

Fees: RM140.00 (ahli KGUTM); RM160.00 (Guest)


Masa:
12.15-1.00 pm - Pendaftaran
1.15 pm - Tee Off (mini shot gun)
6.15pm - Game dijangka berakhir
6.16- 7.00 pm - Hi Tea dan Majlis Penyampaian Hadiah

Format pertandingan: 

~ Staf UTM bermain Sistem Strokeplay by handicap. (Div. A 0 -15). (Div. B 16 - 24). Pemain diminta memaklumkan handicap semasa mengesahkan penyertaan. 
~ Tetamu bermain Sistem 36 Strokeplay. Champion adalah Best Gross.

Hadiah Individu: 

Best Gross - 1. Division A 1 - 5. Division B 1 - 8. Tetamu 1 - 3. Hadiah Novelti: Longest Drive , Nearest to Pin dan Nearest to Line.

Tarikh tutup penyertaan: 

Pada atau sebelum 10 April 2013 jam 12.00 tengahari. Mohon menghubungi salah seorang pegawai pertandingan di bawah untuk mengesahkan penyertaan saudara :
a). Tn. Hj. Ramli Ibrahim - (012-7555625)
b). Abd. Razak Yusof - (019-7730045)
c). Hairuddin - (012- 7562087)
d). Ganesan - (012-7673016 / 019-7553016)

Perhatian dan Makluman: 

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada 4 pertandingan yang dijalankan untuk pemilihan pemain UTM ke KEJOHANAN GOLF IPTA 2013.

[Sumber: Emel dari En. Ganesan, Setiausaha KGUTM]

Friday 5 April 2013

Highlights: Golf Tour Challenge ~ Surabaya

  "GOLF TOUR CHALLENGE TROPHY ~ SURABAYA 
7 - 10 APRIL 2013
Tn. Hj. Wan Zawawi buat kejutan hari pertama (8 April) dengan bermain 5 under 67 di lapangan Ciputra Golf Club, Surabaya dengan dikuti rapat oleh Dr. Shahru yang bermain 3 under 69. Namun pengalaman menyebelahi Dr. Shahru apabila mengekalkan rentak cemerlang bermain par golf 72 pada hari kedua Di Bukit Darmo Golf Club, Surabaya, manakala Hj Wan tidak berupaya menahan tekanan dan bermain 7 over , 79 untuk mengumpul score nett 2 hari pertandingan 2 over. Dr Shahru mengungguli Piala Pusingan sumbangan Profesor Emiratus Dato' Dr Zainai buat pertama kalinya. Zahabidin seperti biasa pemain berpengalaman menduduki tangga kedua bermain 2 under hari pertama dan par golf hari kedua. Seramai 17 penyertaan termasuk Prof Dr Azraai, Prof Hamdani, Prof Alias, Datuk Zainai sendiri, Prof Hamdan, Hj Mohamed, Prof Dr Ghani, Hj Hassan, Hj Dahari, Rozlan Sharif dan juga tetamu dari luar menyertai pertandingan kali ini. Hj Hasan tempat ketiga dan Prof Alias tempat keempat, Hj Wan Zawawi yang bermain cemerlang pada hari pertama hanya mampu menduduki tangga ke lima.

[sumber:  Tn. Hj. Dahari Derani, Pegawai Pertandingan GTC]