Tuesday 27 August 2013

MOHON DERMA DARAH JENIS O-ve (O negatif)

Dukacita dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Rozainee b. Taib, Prof. di Jabatan Kej. Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia kini berada di Johor Specialist Hospital kerana masalah buah pinggang. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada petang ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bekalan darah jenis O-ve tidak mencukupi.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O-ve, sudilah apa kiranya ke hospital berkenaan untuk menderma darah. Untuk makluman tuan puan yang budiman, darah jenis itu amat sukar diperolehi.

Jasa baik tuan puan amat diharapkan bagi membolehkan Prof Dr. Rozainee dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Mohon hubungi talian 017 470 5032 untuk tujuan tersebut.
[sumber: TP FKK, UTM]

#Makluman: YBhg. Prof. Dr. Mohd. Rozinee bin Taib adalah merupakan ahli KGUTM dan beliau telah tersenarai dalam Kejohanan GOLF IPTA 41 baru-baru ini tetapi beliau terpaksa tolak atas sebab-sebab kesihatan. Kerjasama semua ahli dan rakan-rakan adalah diperlukan ketika ini dan semoga Allah jua yang dapat membalas jasa saudara/i semua. 

~ Admin*Y

No comments:

Post a Comment