Tuesday, 7 January 2014

Salam Tahun Baru 2014

As Salam & Salam Sejahtera kepada semua ahli KGUTM & rakan-rakan.
Doa agar kesihatan kita lebih bertambah baik dari tahun sebelumnya dan kehadiran tahun 2014 ini akan memberikan lagi semangat kita dalam melakukan aktiviti golf setiap bulan. 
Sepertimana sedia maklum, wujudnya blog/fb/twitter KGUTM ini adalah untuk memudahkan setiap ahli dalam sebaran maklumat berkenaan aktiviti golf dan apa jua perbincangan serta perkongsian ilmu yang berkaitan. Di samping menggalakan setiap ahli KGUTM untuk hidup secara positif dalam menimba ilmu pengetahuan, berkongsi cerita, menjadi inspirasi, pencetus idea, pandangan mahupun pengalaman seseorang dalam sukan golf.
Semoga ukhwah yang terjalin akan lebih kukuh dan kemahiran dalam sukan golf dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang. Selamat Maju Jaya di tahun 2014!

"Sukan Untuk Kesihatan"
~Admin Y



No comments:

Post a Comment