Universiti Kebangsaan, Universiti Pertanian dan Universiti Utara telah mempunyai padang golf di dalam kampus. Golf telah dimasukkan dalam ko-kurikulum dan ramai pelajar yang menjadi "kedi" sebagai pendapatan sampingan.
Selama ini komunikasi dalam permainan golf adalah dalam Bahasa Inggeris. Di padang golf istilah seperti "keddy", "hole", "stroke", selalu digunakan dan semua pemain walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris begitu lancar menggunakan istilah di atas. Dalam makalah ini kita akan memadankan istilah ini dengan harapan permainan golf menjadi lebih selesa dan sebudaya dengan masyarakat Malaysia.
Padang golf yang luasnya melebihi 50 ekar, biasanya mempunyai 18 lubang berjarak 5 - 6 meter antara satu dengan lain. Kawasan antara tempat pukul dan lubang disebut "fairway" atau "lintasan". Berbeza dengan tenis atau hoki, yang hanya mempunyai satu pemukul; golf mempunyai 14 pemukul yang disebut kayu atau besi atau juga "klub" sahaja, yang paling panjang dinamakan "driver" kerana istilah ini sudah biasa digunakan, maka "driver" disebut "driver" juga. Besi yang paling pendek dinamakan "sand wedge", khusus untuk memukul bola bila masuk dalam perangkap pasir iaitu "bunker". Istilah yang sesuai ialah "penyapu pasir".
Pemukul untuk pukulan pendek dinamakan "wedge" atau "penyapu". Kemudian "putter" (puter) untuk memukul bola yang berada dalam "green"."Putting" diistilahkan sebagai "puting" dan green adalah "gren". Hijau boleh juga digunakan di sini tetapi kerana hijau lebih kepada sifat, "gren"dikekalkan. Jangan lupa kita juga ada "oren" untuk minuman juga untuk warna.
Pemain golf biasanya mengambil "keddy" untuk membantu membawa beg dan memungut bola. "Keddy", istilah yang sesuai ialah "kedi". Pemain golf yang pandai disebut "pro". Pro adalah pemain yang handikapnya 0. "Handikap" adalah ukuran kepandaian seorang pemain, bermula dengan 24 hingga 0; bagi wanita 36 hingga 0. Pemain yang dapat membuat satu pukulan untuk memasuki lubang dinamakan "hole in one" atau "lubang sekali pukul". Mungkin istilah ini kurang sesuai, yang dimaksudkan ialah "pukul sekali masuk lubang".
Permainan golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola yang dipukul bergantung pada:
~ Kelajuan ayunan pemukul
~ Sudut kayu dan pola
~ Permukaan hentaman
~ Arah hentaman
Tidak hairan misalnya ramai pemain yang telah bertahun-tahun berkecimpung dalam golf handikapnya masih tinggi kerana aspek di atas tidak diberi perhatian.
"Fairway" diterjemahkan sebagai "lintasan". Ada bahagian lapangan yang sukar seperti "water hazard" (halangan air), "pond" (kolam). Pemain selalu juga mencangkol tanah semasa memukul bola dan membuat lubang di tanah yang dinamakan "divot".
Permainan golf dimainkan menurut kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang yang dinamakan "1 flight", atau "kapal". Pemain yang memukul bola dahulu dikatakan mempunyai "honour" atau "kehormatan". Sekali pukulan dinamakan satu stroke, objektif dalam golf adalah mendapatkan pukulan yang paling sedikit untuk memasukkan bola di dalam lubang. Ukuran piawai setiap lubang dinamakan "par". Par - 3 bererti biasanya 3 pukulan untuk memasukkan bola ke dalam lubang. Begitu juga Par - 4, Par 5. Bagi Par - 4, pukulan yang kurang daripada 4, atau hanya 3 pukulan dinamakan "birdie" - atau "burung".
Bola yang dipukul dan menuju di luar kawasan dikatakan OB yang bererti "Out of Bound" atau "luar kawasan". Pemain yang baru selalu memukul bola tidak tepat atau dikatakan "topping" - "atas". Bila kedudukan bola sukar untuk dipukul seperti pada celah pokok, celah pagar, pemain dapat mengubah bola tersebut. Ini dikatakan "take a drop", atau "pindah bola".
Pemain golf yang mahir biasanya mempunyai "grip" (pegangan) yang kukuh "stance" (kedudukan) yang sesuai dan "swing" (ayunan) yang baik.
Kononnya golf lebih melibatkan interaksi sosial daripada latihan jasmani. Semasa berjalan sejauh 4 km untuk melengkapi 9 lubang, berbagai cerita dan jenaka dipertuturkan dalam satu "kapal". Namun, aspek yang terpenting dalam golf adalah etika. Tidak ada pengadil yang khusus, pemain menguji kebolehan dirinya sendiri.
Sumber: www.ukm.my/myahya ~ oleh Muhammad Yahaya, Pusat Pengajian Siswazah UKM=
Hole in one tu macamana? Eagle tu burung APA?
ReplyDeleteHole in One ~ Pukulan terbaik, sekali pukul terus masuk lubang.
ReplyDeleteEagle ~ Lubang yang diselesaikan dengan 2 pukulan bawah par-5
Admin*Y