Thursday, 17 October 2013

Golf Info: Ukuran Lubang GOLF

Tahukah anda berapa ukuran Lubang golf sebenarnya? Ketika anda bermain golf dan saat melakukan putting, kita sangat berharap agar lubang (hole) golf dapat berubah menjadi ukuran besar sehingga jika lubang lebih besar, tentunya bola golf akan lebih mudah masuk ke hole. Tapi diameter hole (lubang) 10,79 sentimeter itulah standard yang digunakan di padang golf mana pun.  Seperti banyak hal dalam olahraga golf, standard ukuran lubang itu atas kesepakatan yang dibuat oleh The Royal and Ancient Golf Club of St Andrews, dibantu oleh Musselburgh.




Pada 1891, R&A memutuskan memberikan standard baku besarnya lubang di padang golf di mana pun. Melalui perdebatan yang cukup hebat, akhirnya telah mencapai persetujuan diameter lubang golf adalah 10,79 sentimeter.
Pada 1829, para pegolf di Musselburgh sudah menggunakan lubang dengan diameter 10,79 sentimeter dan itu adalah ukuran pertama yang dikenal.
Lantaran dengan ukuran diameter tersebut permainan menjadi lebih menantang, para pemain golf di R&A akhirnya setuju mengadopsi ukuran itu dan mulai memperkenalkannya pada 1891. Dan padang golf di seluruh dunia akhirnya mengikuti “aturan” tersebut.
(Sumber: Akhbar empo, 7 Mei 2006) ~ mata-melotot69.blogspot.com

Info Golf: How To Get Backspin

Monday, 14 October 2013

Teknik Memegang Kayu Golf

Salam rakan-rakan golfers;
Untuk kali nie saya nak kongsikan sedikit tentang 3 teknik asas memegang kayu golf (golf grips).
Teknik-teknik asas yang selalu digunakan adalah Ten Fingger GripInterlock Gripdan Vardon Overlap Grip.
Anda boleh memilih salah satu dari 3 teknik asas tersebut. Tiada teknik yang terbaik, cuma anda perlu dapatkan grip yang paling anda rasa selesa dan sesuai. Itu sahaja.
Teknik Asas Memegang Kayu Golf
Untuk pandangan hadapan, cuba berdiri dan lihat di hadapan cermin kemudian bandingkan dengan gambar di bawah. Cuba sebaik mungkin untuk menyamai gambar yang pertama (neutral).
pandangan dari hadapan golf grip
Namun, sekiranya kawan-kawan pergi ke driving range berdekatan, dan cuba bertanya tips daripada golfer bersebelahan tentang teknik memegang kayu golf. Kawan-kawan pasti akan terperanjat kerana ada 1001 cara memegang kayu golf yang akan diajar oleh mereka.
Nasihat saya, tak perlu pening kepala, pilih antara 3 jenis grip asas di atas yang kawan-kawan rasa selesa, then just stick to it.
[sumber: malaysiangolfer.org]

Kenali Kayu GOLF anda


Stick golf atau club, terdiri dari 3 jenis utama:
1) wood untuk pukulan jauh, termasuk driver (wood no 1) untuk keperluan tee-shot;
2) iron untuk pukulan di area green (tempat hole); 
3) putter untuk keperluan membuat goal memasukkan bola di green

Satu set kayu golf yang dimiliki oleh pemain dalam beg golf biasanya mengandungi 14 buah (maksima) seperti berikut:

- 3 wood : No.1 (biasa disebut driver, pukulan pertama), no 3 dan 5.
- 7 iron: No. 3 - 9
- 1 iron pitching wedge : untuk jarak dekat
- 1 iron sand wedge : untuk di pasir
- 1 putter : untuk putting di green.

Ketiga-tiga jenis kayu tersebut memiliki bentuk dan ukuran yang berbeza.


Wood

Jenis pertama dari klub golf adalah wood. Head klub golf ini pada awalnya diperbuat daripada kayu namun kini ianya dilengkapi dengan bahan dariapada logam berongga, titanium atau besi.Klub golf wood dirancang untuk menghasilkan jarak terbesar dengan setiap stroke. Dari 14 klub dalam satu set biasa, separuh daripada woods akan digunakan sepanjang permainan (9 @ 18 holes).

Klub golf wood biasanya digunakan pada pukulan lurus dan panjang ke lapangan golf, karena karakternya memungkinkan untuk jarak jauh.

Kekerapan anda dalam rutin latihan boleh memastikan supaya pukulan lurus dalam lapangan. Woods juga klub-klub terpanjang di dalam set golf anda.


Iron

Klub golf yang berikutnya adalah irons yang merupakan klub golf yang paling sering digunakan dalam permainan golf.

Irons jauh lebih fleksibel jika dibandingkan dengan 2 jenis klub yang lain sehingga jenis klub ini biasanya selalu dalam jumlah yang terbanyak dari klub di yang ada di dalam beg golfers.

Irons masih boleh mencapai jarak yang cukup besar namun ianya tidak sejauh woods. Semuanya bergantung dari material besi yang anda gunakan,Anda masih boleh meningkatkan pukulan yang jauh lebih tinggi dan memukul bola anda sesuai dengan jarak yang anda inginkan.


Iron biasanya dimulai dari no 3 sd 9 plus P (Pitching), Iron 3 yang paling panjang shaftnya dan memiliki sudut kemiringan permukaan yang kecil, makin besar nomor ironnya makin pendek shaftnya dan memiliki sudut kemiringan permukaan yang makin besar.


Ada banyak jenis irons yang memiliki fungsi yang lebih spesifik, misalnya SW Sand Wedges yang memudahkan untuk keluar dari bunker pasir atau Wedges dengan ukuran 52 , 54, 56 , 60 darjah yang digunakan untuk melakukan lob bola agar melambung jatuh di green tidak meluncur, bahkan dengan teknik tertentu bolanya boleh memiliki backspin yang tinggi dan mendarat dengan baik di green.

Berikut gambaran rata-rata jarak pukulan menggunakan wood dan iron:




Putter

Jenis klub yang terakhir adalah klub golf putter, dan terdapat hanya satu putter sahaja di dalam beg golf.

Jenis klub ini biasanya digunakan pada putting green pukulan akhir ke lubang yang memerlukan pukulan yang halus.

Jenis klub putter dirancang khusus untuk menjadi klub dengan pukulan yang sangat tinggi dan jarak yang paling pendek yang biasanya hanya mempunyai jarak beberapa meter dari lubang.

Bola yang dipukul menggunakan putters tidak bertujuan untuk terbang di udara namun sebaliknya putters hanya mendorong ringan di tanah di mana bola akan bergolek dengan lembut ke dalam lubang.

Puting ini adalah bahagian yang paling penting dalam permainan golf, latihan yang banyak diperlukan bagi mendapatkan putter yang bagus.

3 jenis klub di atas merupakan perlengkapan dasar untuk permainan golf.

Pembelajaran berterusan dengan hadir di lapangan driving range kerana kekerapan berlatih boleh memahirkan anda menggunakan irons atau wood, dan juga memahami karakter dari klub tersebut lebih mendalam lagi.

[sumber:  mengenalgolf.blogspot.com ~ diolah semula ke Bahasa Malaysia]

Peristilahan dalam Sukan Golf

Permainan golf yang bermula semenjak abad ke-15 di Scotland kini telah menular ke seluruh dunia. Di Malaysia sahaja dianggarkan ada 300 padang golf dan kadar pertumbuhan setiap tahun sekitar 5%. Permainan ini bukan lagi dimonopoli oleh golongan elit atau golongan diRaja. Hampir seluruh lapisan masyarakat dari murid sekolah hingga pesara meminati permainan golf.

Universiti Kebangsaan, Universiti Pertanian dan Universiti Utara telah mempunyai padang golf di dalam kampus. Golf telah dimasukkan dalam ko-kurikulum dan ramai pelajar yang menjadi "kedi" sebagai pendapatan sampingan.

Selama ini komunikasi dalam permainan golf adalah dalam Bahasa Inggeris. Di padang golf istilah seperti "keddy", "hole", "stroke", selalu digunakan dan semua pemain walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris begitu lancar menggunakan istilah di atas. Dalam makalah ini kita akan memadankan istilah ini dengan harapan permainan golf menjadi lebih selesa dan sebudaya dengan masyarakat Malaysia.

Padang golf yang luasnya melebihi 50 ekar, biasanya mempunyai 18 lubang berjarak 5 - 6 meter antara satu dengan lain. Kawasan antara tempat pukul dan lubang disebut "fairway" atau "lintasan". Berbeza dengan tenis atau hoki, yang hanya mempunyai satu pemukul; golf mempunyai 14 pemukul yang disebut kayu atau besi atau juga "klub" sahaja, yang paling panjang dinamakan "driver" kerana istilah ini sudah biasa digunakan, maka "driver" disebut "driver" juga. Besi yang paling pendek dinamakan "sand wedge", khusus untuk memukul bola bila masuk dalam perangkap pasir iaitu "bunker". Istilah yang sesuai ialah "penyapu pasir".

Pemukul untuk pukulan pendek dinamakan "wedge" atau "penyapu". Kemudian "putter" (puter) untuk memukul bola yang berada dalam "green"."Putting" diistilahkan sebagai "puting" dan green adalah "gren". Hijau boleh juga digunakan di sini tetapi kerana hijau lebih kepada sifat, "gren"dikekalkan. Jangan lupa kita juga ada "oren" untuk minuman juga untuk warna.

Pemain golf biasanya mengambil "keddy" untuk membantu membawa beg dan memungut bola. "Keddy", istilah yang sesuai ialah "kedi". Pemain golf yang pandai disebut "pro". Pro adalah pemain yang handikapnya 0. "Handikap" adalah ukuran kepandaian seorang pemain, bermula dengan 24 hingga 0; bagi wanita 36 hingga 0. Pemain yang dapat membuat satu pukulan untuk memasuki lubang dinamakan "hole in one" atau "lubang sekali pukul". Mungkin istilah ini kurang sesuai, yang dimaksudkan ialah "pukul sekali masuk lubang".

Permainan golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola yang dipukul bergantung pada:
~ Kelajuan ayunan pemukul
~ Sudut kayu dan pola
~ Permukaan hentaman
~ Arah hentaman

Tidak hairan misalnya ramai pemain yang telah bertahun-tahun berkecimpung dalam golf handikapnya masih tinggi kerana aspek di atas tidak diberi perhatian.

"Fairway" diterjemahkan sebagai "lintasan". Ada bahagian lapangan yang sukar seperti "water hazard" (halangan air), "pond" (kolam). Pemain selalu juga mencangkol tanah semasa memukul bola dan membuat lubang di tanah yang dinamakan "divot".

Permainan golf dimainkan menurut kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang yang dinamakan "1 flight", atau "kapal". Pemain yang memukul bola dahulu dikatakan mempunyai "honour" atau "kehormatan". Sekali pukulan dinamakan satu stroke, objektif dalam golf adalah mendapatkan pukulan yang paling sedikit untuk memasukkan bola di dalam lubang. Ukuran piawai setiap lubang dinamakan "par". Par - 3 bererti biasanya 3 pukulan untuk memasukkan bola ke dalam lubang. Begitu juga Par - 4, Par 5. Bagi Par - 4, pukulan yang kurang daripada 4, atau hanya 3 pukulan dinamakan "birdie" - atau "burung".

Bola yang dipukul dan menuju di luar kawasan dikatakan OB yang bererti "Out of Bound" atau "luar kawasan". Pemain yang baru selalu memukul bola tidak tepat atau dikatakan "topping" - "atas". Bila kedudukan bola sukar untuk dipukul seperti pada celah pokok, celah pagar, pemain dapat mengubah bola tersebut. Ini dikatakan "take a drop", atau "pindah bola".

Pemain golf yang mahir biasanya mempunyai "grip" (pegangan) yang kukuh "stance" (kedudukan) yang sesuai dan "swing" (ayunan) yang baik.

Kononnya golf lebih melibatkan interaksi sosial daripada latihan jasmani. Semasa berjalan sejauh 4 km untuk melengkapi 9 lubang, berbagai cerita dan jenaka dipertuturkan dalam satu "kapal". Namun, aspek yang terpenting dalam golf adalah etika. Tidak ada pengadil yang khusus, pemain menguji kebolehan dirinya sendiri.

Sumber: www.ukm.my/myahya ~ oleh Muhammad Yahaya, Pusat Pengajian Siswazah UKM=

Info GOLF

Sesi pembelajaran berterusan dan dikongsi bersama semua sama ada yang telah lama menceburi sukan golf ini atau yang masih baru. "Sukan Untuk Kesihatan"
~ Admin*Y




Admin*Y

Info KGUTM

Pertandingan Golf Oktober Medal 2013 ditunda pada hari Ahad, 20 Oktober 2013.  Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Sumber: Setiausaha KGUTM
Admin*Y